Missy eLLe Rants

where the world don't matter

23.9.09

C.I.N.T.A

Posted by Missy eLLe |

... adalah salah satu topik yang memang aku jarang tulis di blog lama aku. Bagi aku, cinta ni topik yang terlalu jiwang, yang aku rasa bikin diri sendiri nampak agak desperate gak kalau blog pasal cinta ni. 


Tapi harini aku nekad. Sebab ada something yang aku nak share dengan golongan yang salu frust bercinta. So entri ni hanya untuk broken hearted members only. Yang lain - yang ada boyfriend, makwe, laki, bini dsb. boleh la baca stakat suka-suka je.

Aku sebenarnya dah banyak kali bercinta. Terlalu banyak, aku pun dah berhenti mengira baper ramai exes aku yang ada. Tapi yang betul-betul serious takdelah ramai sangat. Tak sampai sebelah tangan kalau nak kira.

Dulu-dulu aku bercinta sebab suka-suka je. Member cakap best. So try je lah. Port paling senang nak cari internet. Zaman dulu-dulu, internet tak macam skarang. Hanye sesetengah orang je yang mampu - kebanyakkannya middle class to high class citizens. CC pun agak mahal time tu. Bukan aku nak cakap besar, jauh sama skali. Cuma itulah hakikat. Bayar dialup bukannya murah. So sape yang mampu jelah ade internet kat rumah.

Ramai jugakla lelaki yang aku rasa not bad aku jumpa kat internet zaman tu kalau banding ngan sekarang, especially kat chatrooms public. Ada yang aku kenal dari internet jadi serious, ada yang langsung tak. Ada jugak yang aku ingat nak try bercinta dengannya tapi tak jadi sebab tak memenuhi citarasa diri sendiri. Kesimpulannya tak kekal pun sebab masa tu baru tryout session. Macam experiment pulak.

Pastu masuk pulak zaman universiti, masa nilah social circle agak meluas sikit. Mungkin terlalu luas. Terkandas jugak dua tiga kali, tapi yang betul-betul terkandas dua kali. First, boyfriend aku yang first tinggalkan aku sebab jauh. Tu aku paham. Lagipun dia dah keje, so ramai lagi pompuan yang dekat yang lebih memahami dia yang lebih sesuai dengannya. Bila fikir balik, Alhamdulillah jugak aku tak jadi ngan mamat ni sebab aku dapat tahu 5 tahun kemudian dia telah murtad. Pada pandangan akulah, murtad tapi Allah lebih mengetahui. Alasan aku mengatakan dia murtad sebab dia tak mengaku Islam, walaupun dia rasa ada satu Tuhan je kat bumi ni. Bagi dia semua agama (baik Yahudi, Kristian dsb) semua asalnya dari Tuhan yang sama. Wallahualam. 

Second, yang ni aku break ngan dia lepas aku introduce bestfriend aku (pompuan) dekat ex aku, dia ngorat pulak bestfriend aku. Masa tu rasa sangat sakit, dunia sangat gelap. Kebetulan time tu gaduh pulak ngan mak ayah. So korang pempaham je lah betapa gelapnya dunia aku time tu. Dahla dok overseas jauh gila. Nasib baik ada yang prihatin mengingatkan aku siapa aku masa ni. 

Tapi sejak daritu aku agak lost. Mak ayah aku ni jenis yang sibuk dengan kerjaya masing-masing. So, kadang-kadang aku rasa aku perlu ada boyfriend sebab aku lonely. So aku susah nak single lelama. Tak bercinta pun takpe, asalkan ada je sorang guy yang rapat pun jadilah. Kawan ke, flirt ke, boyfriend ke. So, zaman lepas kerja ni zaman yang cukup tak stabil bagi aku. Lebih baik takyah citer lah drama zaman jahiliah ni. Tak ada yang betul-betul serious pun time ni.

Bila aku dah dua tahun keje, aku dapat sorang yang steady. Pastu aku jatuh sakit, break jugak ngan dia. Aku tak salahkan dia sebab keadaan agak complicated time tu, tapi memang aku frust. Then second pun sama, dah nak tunang pun, break jugak. Tapi dia ni memang ada campur tangan family. Antara beberapa alasan diorang - takut anak laki diorang tanak balik Sarawak lagi bila kahwin ngan aku. Ni pun aku dapat tahu bila dah break. Nasib baik jugak tak jadi sebab kalau tak, mesti kene layanan teruk from supposedly in-laws. Hikmahnya aku tahu sebulan ke dua bulan lepas break.

Kesimpulannya, memang aku tak bangga ngan ramai boyfriend or kawan lelaki. Tapi aku nak share pengajaran dari pengalaman aku ngan korang yang senasib ngan aku.

Tujuan bercinta tu penting. Kalau stakat nak menggantikan kasih sayang mak, ayah, abang, adik yang kita kurang dapat, memang tak lama kita bercinta. Lebih baik kita terima hakikat kekurangan kasih sayang dalam hidup kita dan cuba tingkatkan hubungan kita ngan orang-orang yang berkenaan daripada menggantikannya dengan cinta dari orang luar. 

Kenalilah pasangan kita betul-betul. Mampukah kita hadapi suka-duka dengannya? Kita terima tak kelemahan dan kebaikan dia? Kalau kita ada rasa kureng dalam hati tu, kita kene ingat, mende ni boleh jadi masalah yang besar kelak kalau kita tak terima betul-betul yang kureng tu. 

Lagi satu, kalau kita terkandas bercinta, mesti ada hikmah dia. Macam kes tak mengaku Islam yang aku citer tadi. Memang time baru break ni antara yang paling pahit, sukar, gelap, lost skali. Kadang-kadang berlalu ngan pantas, tak paham kenapa boleh break. Masa nilah kita kene muhasabah diri, kesilapan kita dengan ex kita dan Allah. So banyakkan bertaubat dan mohon pentujukNya. Yang paling penting, lepaskan emotional baggage (beban perasaan) yang ada. Takut nanti kita akan bawak tabiat buruk dengan pasangan baru kononnya takut frust lagi. Contoh, rasa syak wasangka berlebihan, cemburu buta, pemarah tak pasal, fobia bukan-bukan dsb.

Bagi yang pernah frust tu yang paling penting, kenali pasangan baru betul-betul. Kita akan rasa macam kene interview orang pulak, tapi memang berbaloi sebab kita takyah buat mistake yang sama dua kali. Hati-hati dengan petanda dia ni laki orang ke, buaya ke dsb. Macam mana tahu, ha, ini episod akan datang, OK? Pernah aku mengelak dari kene buaya dengan sorang mamat ni sebab aku cukup berhati-hati bila awal-awal berkenalan. Ramai pompuan aku dengar dia dah "balun". Wallahualam. Istikarah awal-awal pun elok juga - kalau dah lambat kang hati dah berat sebelah dan ada perasaan takut kehilangan pasangan semua. 

Akhir kata, cinta ni cuma bahagian Allah yang Dia izinkan wujud sesama umat di dunia. So, kalau dah dapat perasaan cinta tu, jagalah baik-baik kesuciannya. Macam barang, kalau kalau kita bagi kat orang, kita harapkan orang tu appreciate, betul tak? Macam tu jugakla cinta dari Allah. 

Dengan setiap hadiah ada dugaannya. Kalau orang tu tak cintakan kita balik, itu dugaan kita. Kalau dibalas dengan cinta jugak, Alhamdulillah. Lepastu akan datang godaan nafsu, syaitan dsb. Sebab itulah, kita kena appreciate cinta dengan kehormatan tertinggi, perasaan bersyukur yang teramat sangat dan jaga dan lindungilah kesucian cinta itu. 

Hakikat yang paling penting kita kene terima - cinta datang dan pergi, yang kekal cuma dengan izinNya. Selalunya yang aku dengar dan tengok selama ni, kekal sampai mati ialah cinta yang telus dari leluhur kita terhadap pasangan kita dan menguatkan ingatan kita kepada Allah (walaupun bukan pada mulanya, insya Allah pengakhirannya begini). Dan yang ikhlas itu, bak kata Imam Ghazali, bagaikan benda yang hitam, di atas batu yang hitam, di malam yang gelap. So memang betul lah depa cakap, true love is rare. 

Bagiku, cinta inilah yang patut kita perjuangkan sebenar-benarnya.  

ps: Since aku sendiri pun tak kawin lagi, takdelah aku nak kata aku sendiri pun berjaya dalam percintaan, tapi kalau korang rasa tip kat atas tu berguna, pakaijelah eh? Bagitau lah result dia nanti - kahwin ke tak. ;)

0 comments:

Post a Comment

Subscribe